Monday, April 19, 2010

Jaga Gigi Anda...

http://thumbs.dreamstime.com/thumb_188/11906857460vy4rl.jpgPenjagaan gigi dengan kaedah pengubatan herba sangat berkesan terutamanya bagi mendapatkan gigi yang kuat sampai ke tua. Herba-herba yang digunakan kebiasaanya dari jenis herba yang mempunyai buku atau ruas. Tebu,buluh,rumput dan pelbagai herba lain direbus dengan dicampur sedikit garam bukit yang berwarna hitam . Air rebusan dijadikan ubat kumur setiap pagi dan malam.

http://images.clipartof.com/small/8595-Clipart-Picture-Of-A-Tooth-Mascot-Cartoon-Character-Flexing-His-Arm-Muscles.jpg

Garam hitam ini kebiasaanya kedapatan dibukit- bukit yang ada kolam air di tengahnya. Binatang-binatang hutan seperti kambing gurun,rusa,gajah akan mencari garam ini sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tulang.

http://img710.imageshack.us/img710/3848/garamrendaman2.jpg

Dalam perubatan Jawi, garam bukit yang berwarna hitam ini dimasukkan kedalam campuran ubatan kapsul Deep Cleansing(Deep C) . Deep C juga digunakan untuk menguatkan tulang dan gigi. InsyaAllah.

Wednesday, April 14, 2010

SINERGI HERBA HPA UNTUK PENGUBATAN

Penyakit Yang Diderita - Nama Product HPA (Herba Penawar Al Wahida)

  1. Anemia = Spirulina + Mengkudu +Omega3 + Health B
  2. Aterosklerosis = Omega 3 + Teh Herba + Lohard
  3. Kesihatan Anak Anak = Omega 3 Kapsul + Spirulina + Teh Herba
  4. Asam Urat ( Acid Urik) = Ardisia + Mengkudu
  5. Melancarkan Air Susu Ibu = Omega 3 + Teh Herba
  6. Asma= Coscinium Plus + Teh Herba/Radix + Herba Tuju Angin + Minyak But But
  7. Batuk Biasa = Teh Herba + Madu + Malac
  8. Belum Punya Anak = (Lelaki) Radix + Omega 3 Soft Gel + Teh Herba + Spirulina
  9. Belum Punya Anak = (Perempuan) Paramaria Plus + Omega 3 Soft Gel + Teh Herba + Spirulina
  10. Bronchitis TBC = Shark Cartilage + Spirulina
  11. Batu Empedu = Malac + Alac + Madu
  12. Selepas Operasi Pembedahan = Teh Herba + Mengkudu
  13. Tercekik = Minyak But But dicampur air hangat lalu diminum
  14. Radang Telinga = Coscinium Plus + Teh Herba
  15. Cuci Darah = Malac/Alac + Madu
  16. Cacar Air = Coscinium Plus + Mengkudu
  17. Darah Rendah = Health B + Malac + Omega 3
  18. Demam Berdarah = DTox + Radix
  19. Diabetes Melitus = Plantisol + Teh Herba + Malac + Spirulina/DTox
  20. Endonutrosis = D'heat + Sirih Hutan
  21. Epilepsi= D'heat + Malac
  22. Flex Paru Anak = Spirulina + Coscinium Plus + Teh Herba + Omega 3
  23. Flex Paru Dewasa = Shark + Spirulina + Teh Herba
  24. Tiroid = Shark + Herba Senggugut/AloeVera
  25. Masalah Haid Tidak Teratur = Paramaria + Herba Senggugut
  26. Nutrisi Hamil = Teh Herba + Omega 3
  27. Hernia Lendir = Herba Tuju Angin (HTA) + Minyak But But + Omega 3
  28. Hernia = Pisang dibelah 4 + Ragi Tape (Pisang Tape)
  29. Hydrocipalus = Shark + Ficus
  30. Hepatitis = Teh Herba + Health B + Omega 3
  31. Jantung Lemah = DTox + Omega 3
  32. Jerawat = Coscinium Plus + Teh Herba + Bedak Jasmin
  33. Jantung Berlubang = Air Gamat + Curcumin
  34. Kaki Pecah = Teh Herba + Mengkudu + Omega 3
  35. Kanser Limpa = Shark + Spirulina + Health B
  36. Kanser Otak = Shark + Radix
  37. Kanser Rahim = Shark + Paramaria + Herba Senggugut +HTA + Mengkudu + Teh Herba
  38. Kanser Payudara = Shark + Omega 3 + Mengkudu + Paramaria + FisalinB
  39. Keputihan + Infeksi = Dtox
  40. Keputihan Biasa = Paramaria + Herba Senggugut
  41. Kusta = Paramaria + Plantisol +Omega 3 Soft Gel
  42. Kurus Anak Anak = Mengkudu + Omega 3
  43. Limfoma = Shark + Radix + HTA + Mengkudu + Spirulina + Teh Herba
  44. Lumpuh ( SLE ) = Spirulina + Radix + Malac + Teh Herba + Omega3 + Minyak But But
  45. Gastrik = Herba Tuju Angin (HTA) + Radix/Teh Herba + Minyak But But Diminum
  46. Malaria = Vitex + Spirulina
  47. Masuk Angin = HTA ( Herba Tuju Angin)+ Mengkudu
  48. Cirit birit = Minyak But But Diminum + Spirulina + Banyak Minum air putih
  49. Migrain = HTA + Omega 3 + Teh Herba/Teh Asiatica Plus
  50. Myocart Imfark = Curcumin + Spirulina + Omega 3 + Pelawas
  51. Nafas Berbau = HTA + Coscinium Plus
  52. Narkoba = Dtox selama 6 bulan
  53. Obesiti = Teh Asiatica + Stoma K
  54. Osteoporosis = Radix + Spirulina /Health B
  55. Patah Tulang = Radix + HTA + Minyak But But + Lohard
  56. Pengapuran = Omega 3 Kapsul + Radix + Mengkudu
  57. Prostat Kelenjar = Shark + Sirih Hutan
  58. Pneumonia =Teh Herba + HTA + Malac + Shark Cartilage
  59. Radang Tenggorokan = Teh Herba + Malac
  60. Rahim Turun = Paramaria
  61. Rheumatik = Teh Asiatica + HTA + Omega 3 SoftGel
  62. Sakit Gigi = Coscinium Plus + Teh Herba
  63. Sariawan = Coscinium Plus + Teh Herba + Minyak But But Di Oleskan
  64. Selepas Bersalin = Paramaria + Omega 3
  65. Sembelit = Pelawas + Mengkudu + HTA (Herba Tuju Angin)
  66. Sinus = Coscinium Plus + Teh Herba + Madu
  67. Stroke = Dheat + Omega 3 + Mengkudu + Teh Herba
  68. TBC = Shark + Dtox/Shark + Morinda + Mengkudu + Teh herba
  69. Typhus = Spirulina + Herba Tuju Angin (HTA)
  70. Tyroid = Shark + Aloevera +/Herba Senggugut
  71. Tonsil = Teh Herba + Rosell + Malac + Coscinium + Spirulina
  72. Usus Buntu = Pelawas + Mengkudu
  73. Varises = Mengkudu
  74. Buasir= Ficus + Teh Herba + Minyak But But + Pelawas
  75. Glaukoma = Omega 3 SoftGel + Mengkudu + Teh Asiatica
  76. Imunisasi Bayi = Otem/THM diteteskan di lidahnya
  77. Pendarahan = Kelapa cengkir di belah 4 dan direbus
  78. Mukos/Lendir = Minyak Habbasauda

* Sumber data dari Travel Guide For Herbalis HPA

RUKUN PENYEMBUHAN

Rukun Penyembuhan Herba akan berkhasiat apabila pengamalannya memenuhi semua rukun-rukun yang ditentukan. Rukun-rukun herba diambil dari kisah seseorang yang meminta obat kepada Rasulallah saw. untuk menyembuhkan sakit perut. Kemudian Rasulullah memberikan madu. Setelah madu itu diminum ternyata tidak sembuh bahkan semakin parah. Kemudian diulanginya sampai empat kali. Baru pada kali keempat orang sakit tersebut sembuh.

Dengan demikian orang yang sakit perlu dibimbing agar memenuhi semua rukun penyembuhan sehingga mendapatkan khasiat paling optimal dari herba yang dikonsumsi.

Rukun penyembuhan ada 4, yaitu:

  1. Tawakkal dan Keyakinan, tanpa ragu-ragu
  2. Amalan yang terus menerus (istiqomah)
  3. Berlaku tanda penyembuhan (direction of cure – DOC)
  4. Dos yang mencukupi

Keyakinan

Keyakinan merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalam yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti tubuh. Menggunakan herba dalam keadaan tidak yakin akan menjadi usaha yang sia-sia.

Simpul kedua yang harus dibuka adalah mengarahkan rasa cemas dan takut hanya kepada Allah. Selanjutnya simpul ketiga adalah mengembangkan sikap sabar atas ujian yang diberikan Allah swt.

Amal yang Berterusan

Amalan yang berterusan artinya istiqomah dan sabar dalam menunggu herba melakukan perbaikan ke seluruh tubuh (total healing). Apabila kita menyadari bahwa sumber penyakit datang dari makanan sehari-hari yang mengandung racun, maka sudah seharusnya menggunakan herba secara rutin pula sehari-hari. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ tubuh terjadi. Begitu juga obat, perlu waktu untuk menjalankan proses pemulihan sel-sel yang rusak.

Munculnya Krisis Kesembuhan / DOC

Krisis kesembuhan adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenal dengan Direction od Cure (DOC). Di antara tanda-tanda DOC adalah sebagai berikut:

Bertambah keluar penyakit. Sering dijumpai seseorang menggunakan herba tampak semakin banyak penyakit keluar seperti pada perempuan yang keputihan, jerawat, dan lain-lain.
Berpindah penyakit dari bagian tertentu ke bagian yang lain. Misalnya pada penderita asma setelah menggunakan herba menunjukkan gatal-gatal di kulit.

Terasa sakit di bagian pinggang dan telapak kaki. Sistem saraf mempengaruhi keadaan ini, di mana rasa sakit seolah-olah berpindah ke bawah terutama di sekitar pinggang atau langsung ke telapak kaki. Telapak kaki berhubungan dengan refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
Mengulangi sejarah sakit. Pengulangan gejala yang tidak disedari telah terjadi di suatu masa dahulu.

Dos yang Mencukupi

Penggunaan herba yang tepat adalah yang disesuaikan dengan berat badan orang yang bersangkutan. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10 kg : 1 gr. Artinya setiap 10 kg berat badan, ubat yang harus diambil adalah 1 gram setiap hari. Hal ini termasuk semua herba yang disinergikan.

Jangan Lupa Bersedekah

Karena bersedekah ternyata memiliki kekuatan ajaib untuk menyembuhkan berbagai penyakit, dan sesuai.

Sabda Rasulullah S.A.W ” Ubatilah orang yang sakit diantara kalian dengan sedekah” ( H.R. Baihaqi) .

Selamat Mencuba & Semoga Lekas Sembuh

Friday, April 2, 2010

Vaksin oral rotarix dicemari vaksin babi

Oleh SM Mohamed Idris
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae.

Ia merupakan penyebab utama cirit birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan Rotavirus gastroenteritis, penyakit sederhana hingga ke peringkat yang teruk dengan ciri-ciri muntah, cirit birit berair, demam dan biasanya dikenali sebagai stomach flu, ia tidak mempunyai kaitan dengan selesema.

Menjelang usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali.

Bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti akan berkembang dan jangkitan seterusnya akan menjadi kurang teruk dan orang dewasa jarang terjejas.

Terdapat tujuh spesies virus ini yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F dan G, kesemuanya juga menyebabkan penyakit terhadap binatang lain. Rotavirus A, yang paling biasa menyebabkan lebih daripada 90 peratus daripada jangkitan pada manusia.

Vaksin rotavirus seperti GSK Rotarix sepatutnya untuk melindungi kanak-kanak daripada rotavirus.

Laporan media menjelaskan Rotarix diperbuat daripada rotavirus manusia yang lemah yang dibesarkan di dalam sel hidup.

GSK menggunakan sel buah pinggang monyet untuk tujuan ini.

Menurut Dr Margaret Hamburg, Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), cebisan DNA PCV1 ditemui dalam bank sel Glaxo, bermakna ia hadir daripada perkembangan awal vaksin yang pada hakikatnya vaksin sepatutnya hendaklah disteril (bersih dari kuman).

Kemungkinan besar GSK tidak menyedari sesuatu yang janggal ini dalam vaksin mereka lama sebelum 2006 apabila mereka menjalankan ujian klinikal ke atas Rotarix untuk kanak-kanak.

Kami mempersoalkan kenapa GSK tidak membuat sebarang usaha untuk mengasingkan dan memusnahkan virus ganas PCV1 dalam pelbagai bahan genetik yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin apabila ia boleh dilihat dengan jelas oleh saintis jika keselamatan diutamakan.

Amat mengejutkan sekali apabila GSK membenarkan keadaan berbahaya untuk berterusan sehingga beberapa tahun sehingga ia muncul sebagai pencemar untuk vaksin bagi kanak-kanak semuda seusia enam minggu.

Pada hakikatnya, GSK hanya melaporkan penemuannya sendiri berhubung kehadiran PCV1 dalam Rotarix kepada FDA pada 15 Mac, berdasarkan kepada kerja yang pada asalnya dilakukan oleh pasukan penyelidik akademik.

Diikuti oleh ujian susulan yang dijalankan bersama oleh GSK dan FDA mengesahkan penemuan pasukan itu dan mengesahkan komponen viral terdapat sejak peringkat awal perkembangan vaksin termasuk sewaktu ujian klinikal.

Terdapat dakwaan bahawa tiada bukti bahawa terdapat risiko kepada pesakit yang menerima vaksin ini, bagaimanapun FDA pada 22 Mac memutuskan untuk berhati-hati dan mengeluarkan amaran kepada pakar kanak-kanak di seluruh negara di Amerika Syarikat untuk menghentikan memberikan Rotarix kepada pesakit mereka sementara menunggu siasatan yang dijangkakan berakhir dalam masa enam minggu.

Pihak FDA juga mengakui sehingga kini virus babi yang khusus ini bukanlah satu-satunya yang mereka fikirkan pembuat vaksin perlu untuk memeriksa produk mereka.

Pada hari ini (27 Mac), Kementerian Kesihatan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil isyarat daripada FDA dan telah mengarahkan pergantungan segera pengimportan, pengedaran dan penjualan Rotarix dan pengharaman sementara penggunaannya untuk kanak-kanak.

Jordan melalui Pentadbiran Makanan dan Ubatan juga telah menerima pakai pendirian FDA dengan menggantung semua preskripsi Rotarix memandangkan mereka bimbangkan risiko kesan sampingan yang tidak diketahui daripada PCV1.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) telah meminta doktor menangguhkan vaksinasi Rotarix atau menggunakan alternatif sementara HAS bekerjasama dengan GSK untuk menentukan jika sebarang kelompok vaksin Rotarix telah tercemar.

Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara yang menggunakan Rotarix supaya “berhati-hati mempertimbangkan manfaatnya untuk terus menggunakannya dalam sebarang keputusan.

Sementara itu, Pengarah Klinikal R & D dan Hal Ehwal Perubatan GSK Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata pembuat ubat itu memberikan jaminan kepada HAS bahawa mereka akan “terus berkongsi maklumat dengan HAS apabila ia diperolehi”, kerjasama yang sama seperti itu dilihat tidak dihulurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan kita.

Berdasarkan kepada sikap berdiam diri Lembaga Kawalan Ubatan (DCA) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini, ia dilihat GSK mempunyai alasan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung isu kritikal ini kepada Kementerian Kesihatan walaupun sudah 12 hari sejak perkara ini dilaporkan kepada USFDA.

Sementara amat bekerjasama dengan HSA Singapura, GSK Malaysia dilihat menyokong sepenuhnya di sebalik Kementerian Kesihatan yang secara terbuka menyarankan penggunaan Rotarix di Malaysia. Kami bimbang jika ini kesnya yang sebenar atau rakyat dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.

Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat beragama Islam sebagai majoriti seperti negara kita, amat difahami bahawa isu seperti ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif, terutama sekali memandangkan vaksin itu tercemar daripada virus yang berasal daripada babi.

Sepertimana yang kita semua tahu, pengambilan babi adalah 'haram' atau dilarang kepada orang Islam. Salah satu rasional saintifik kenapa babi dikategorikan sedemikian oleh Islam memandangkan kepada kehadiran sejenis parasit seperti Taenia solium (pork tapeworm) dan Trichinella spiralis (trichina worm) dan mikroorganisma seperti procine circovirus jenis 1 yang tidak diragui lagi berbahaya kepada kesihatan manusia.

Sebab itulah Rotarix yang tercemar dengan PCV1 tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua rakyat yang beragama lain di negara ini untuk menjelaskan situasi serta mengambil langkah segera untuk menarik balik dan menganalisis kelompok Rotarix yang sedia ada itu tercemar dan mengumumkan amaran di seluruh negara serta menggantung vaksin itu sehingga ia terbukti selamat.

Kerajaan UAE dan Jordan di mana Islam merupakan majoriti dan agama rasmi telah menjadi contoh dalam tindak balas mereka yang proaktif dan segera terhadap ancaman pencemaran Rotarix.

Mereka telah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada warganegara mereka memandangkan kepada keadaan ancaman iaitu membahayakan kesihatan serta mempunyai kaitan dengan agama dan mereka telah mengumumkan keputusan mereka untuk khalayak ramai.

Sama ada GSK Malaysia telah memberikan amaran atau tidak kepada Kementerian Kesihatan, kami mempersoalkan kenapa Kementerian Kesihatan masih belum mengisytiharkan amaran ke seluruh negara dan menggantung vaksin Rotarix sekarang dan menjalankan ujian keselamatan yang ketat ke atas kelompok Rotarix yang sedia ada.

Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu dan menyakinkan rakyat terhadap keselamatan anak-anak mereka?

Apakah yang menghalang Kementerian Kesihatan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui jika kepercayaan agama dan kesihatan mereka mungkin dikompromikan.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung dengan situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada no telefon: 04 8299511, faks: 04 8288109 dan emel idris_md@streamyx.com
 

Copyright © MyHpaGarden | Blogger Theme by BloggerThemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates